Saturday, April 30, 2011

kisah dan tauladan seorang Master Of Caremony...

assalamualaikum dan salam sejahtera....sudah lama tak menulis maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...Ingatkan jadi blogger ni best rupa-rupanya perlu ada masa dan idea yang cukup untuk mengarang...tahniah aku ucapkan kepada blogger yang boleh menulis sehinggakan sehari sampaikan 3 ke 4 kali topik ditulis(kira dah otai ler.)
Master Of Caremony(MC) adalah seorang yang penting didalam mengendalikan sesuatu majlis,buatlah majlis yang hebat-hebat sehingga menelan belanja berjuta-juta tapi kalau MC pada hari tersebut gagal menjalankan tugas maka majlis pada hari itu akan gagal sepenuhnya.Lihatlah betapa Besarnya tanggungjawab menjadi seorang MC...
Pengalaman mendewasakan aku...tugas menjadi MC ini telah aku galas sejak 9 tahun berkhidmat di Negeri Sembilan.Aku mula melapor diri menjadi seorang penjawat awam pada 28.82002 di pejabat kesihatan Rembau/Tampin.Masih ku ingat pada masa tersebut selepas melaporkan diri pada hari itu terasa bahawa aku berada di suatu tempat yang lain,amat berbeza sekali....aku rasa aku tak boleh nak suaikan diri dengan keadaan di tempat ini, berbagai perasaan aku alami sehinggakan pada hari kedua melaporkan diri borang pindah balik ke Kelantan telah aku isi...Tak kenal maka tak cinta...perlahan-lahan aku menongkah arus mencari rezeki di perantauan sehinggakan perasaan gundah gulana telah bertukar menjadi perasaan suka dan gembira berada di tempat ini....Tanggal 2.10.2002 merupakan hari yang cukup bersejarah bagi diriku untuk bergelar seorang MC.....Baru 2 bulan bekerja aku telah diberi amanah untuk mengendalikan satu majlis yang cukup hebat iaitu majlis Pelancaran Hari Diabetes Peringkat negeri Sembilan......bersambung

1 comment:

  1. 'Weloceme to Rembau'

    Jarang anak Kelantan merantau hingga ke Rembau.Mungkin di Rembau sdr tak dapatlah makan nasi berlauk Itik Terasi.Semoga sdr terus selesa di Rembau.

    ReplyDelete