assalamualaikum dan salam sejahtera....sudah lama tak menulis maklumlah terlalu banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...Ingatkan jadi blogger ni best rupa-rupanya perlu ada masa dan idea yang cukup untuk mengarang...tahniah aku ucapkan kepada blogger yang boleh menulis sehinggakan sehari sampaikan 3 ke 4 kali topik ditulis(kira dah otai ler.)
Master Of Caremony(MC) adalah seorang yang penting didalam mengendalikan sesuatu majlis,buatlah majlis yang hebat-hebat sehingga menelan belanja berjuta-juta tapi kalau MC pada hari tersebut gagal menjalankan tugas maka majlis pada hari itu akan gagal sepenuhnya.Lihatlah betapa Besarnya tanggungjawab menjadi seorang MC...
Pengalaman mendewasakan aku...tugas menjadi MC ini telah aku galas sejak 9 tahun berkhidmat di Negeri Sembilan.Aku mula melapor diri menjadi seorang penjawat awam pada 28.82002 di pejabat kesihatan Rembau/Tampin.Masih ku ingat pada masa tersebut selepas melaporkan diri pada hari itu terasa bahawa aku berada di suatu tempat yang lain,amat berbeza sekali....aku rasa aku tak boleh nak suaikan diri dengan keadaan di tempat ini, berbagai perasaan aku alami sehinggakan pada hari kedua melaporkan diri borang pindah balik ke Kelantan telah aku isi...Tak kenal maka tak cinta...perlahan-lahan aku menongkah arus mencari rezeki di perantauan sehinggakan perasaan gundah gulana telah bertukar menjadi perasaan suka dan gembira berada di tempat ini....Tanggal 2.10.2002 merupakan hari yang cukup bersejarah bagi diriku untuk bergelar seorang MC.....Baru 2 bulan bekerja aku telah diberi amanah untuk mengendalikan satu majlis yang cukup hebat iaitu majlis Pelancaran Hari Diabetes Peringkat negeri Sembilan......bersambung
Ore Kelate Dok Rembau
Tangungjawabku seorang PPKP...hargailah....
Saturday, April 30, 2011
Monday, January 24, 2011
Gomo Kelate Gomo....Sathianathan keno gomo.....
Tiba-tiba jer lemah semangat nak pergi tengok bola kat Shah Alam 29/1/2011 ni perlawanan antara kelantan Vs Selangor..Balik dari kerja baring jap lepas tu bukak berita sukan jam 1.30 tgh itulah tugas rutin ku bila balik kat rumah nak rehat...tadi berita sukan telah maklumkan bahawa B.Sathiananthan letak jawatan sebagai jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta.Sebagai peminat no 1 red warrior tentulah terkejut beruk mendengarnya...maklumlah tahun 2011 adalah tahun mempertahankan piala malaysia dan membawa balik Piala yang ada kat malaysia ni...tak kira berapa banyak...
Tak puas hati aku search kat internet..Kelate.net,theredwarrior dan Fb kelab penyokong..memang berita ini benar...jap tadi masa sempat dengar buletin utama cerita sukan mengesahkan perletakan jawatan jurulatih itu..kenapa???sebabnya dia telah kena gantung dek kerana celupar mulut dengan FAM pada tahun lepas lagi...maka tergantunglah sathia berkuatkuasa 23/1/2011 hingga 23/6/2011...6 bulan tu...
Apa pulak perancangan KAFA sekarang???peminat dah tak sabar nak tunggu sepak mula 29/1/2011 ni..alih-alih macam ni jadinya...belum start lagi liga dah mula isu2 panas..ni belum masuk isu panas lepas ni kesudahan perlawanan bolasepak antara selangor dan kelantan....keputusan yang ramai nak tahu adalah kesudahan pertempuran antara penyokong fanatik...berulang lagikah pada tahun ini...sama-sama kita tunggu..
Tak puas hati aku search kat internet..Kelate.net,theredwarrior dan Fb kelab penyokong..memang berita ini benar...jap tadi masa sempat dengar buletin utama cerita sukan mengesahkan perletakan jawatan jurulatih itu..kenapa???sebabnya dia telah kena gantung dek kerana celupar mulut dengan FAM pada tahun lepas lagi...maka tergantunglah sathia berkuatkuasa 23/1/2011 hingga 23/6/2011...6 bulan tu...
Apa pulak perancangan KAFA sekarang???peminat dah tak sabar nak tunggu sepak mula 29/1/2011 ni..alih-alih macam ni jadinya...belum start lagi liga dah mula isu2 panas..ni belum masuk isu panas lepas ni kesudahan perlawanan bolasepak antara selangor dan kelantan....keputusan yang ramai nak tahu adalah kesudahan pertempuran antara penyokong fanatik...berulang lagikah pada tahun ini...sama-sama kita tunggu..
Saturday, January 22, 2011
Berat Badan Unggul?????
Tahun 2011 merupakan tahun memperkasakan kempen gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit...ada setengah pendapat menyatakan penyakit orang kayo...ado juga memberitahu penyakit 3 serangkai iaitu Jantung,Kencing manis,darah tinggi....mengapa penyakit ini berlaku...hanya satu jawapan sahaja iaitu gaya hidup masyarakat kita sekarang yang mengamalkan 3 M....Makan..Menguap...Malas....hehe..macam berpengalaman jer kan.....
Anyway masih ada sinar dalam diri kita cepat2 lah berubah.....kuatkan semangat untuk mengubah cara hidup kita terutama dari konsep 3 M tadi....Marilah kita bertekad untuk menjadikan berat badan kita Unggul!!!!pentingkah berat badan Unggul?yup penting kerana kita akan merasa yakin...bersemangat....yang bestnya kelihatan segak..(nak tambah cawangan la tu)Rasa sihat dan bertenaga...aktif dan langsing...Kakitangan Kesihatan kena buat dulu...bagilah contoh pada masyarakat barulah menjadi IDOLA.....Berat badan yang melebihi Had akan menambahkan risiko penyakit Kencing Manis kalau segan nak sebut kencing manis gunalah istilah Diabetes....
Bagaimana nak dapakan berat badan unggul ni....tolongla saya...kalau bab makan ni susah..susah nak tolak...susah nak tak tambah...susah nak makan sedikit...macammana....pn sara(PZM Rembau)tolongla...boleh...kita mesti boleh.....makan tetap makan yang penting ubahsuai...dari 5 pingan turunla pada 3 pingan...perlahan-lahan...jangan turun mendadak...bahaya jugak....tips yang aku buat(kalau nak ikut2 la)...lebihkan sayur-sayuran dan ulam-ulaman...dulu tak suka makan sayur ni...tak best...suka makan ayam jer...tapi bila dah makan sayur dan ulam sekarang sebenarnya lebih sedap dari makan ayam....lebihkan makan buah-buahan....tapi berpada2 la...jangan sebakul rambutan tu kita melantak seorang jer atau pun buah durian tu sampai 10 biji kita seorang jer...bahaya jugak....berpada-pada....kalau aku makan epal jer...selepas makan...pagi..tengahari..dan malam.
Tips seterusnya...kurangkan penambilan gula...ni ibu segala penyakit terutama kencing manis...bila dah ada kencing manis akan bertambahlah penyakit2 lain....gula oh gula.....kalau naik harga bising satu malaysia....tapi kalau ada yang sakit sebab gula siapa yang menanggungnya....diri kita la...oleh itu mulai dari sekarang bepatutanlah menggunakan gula dalam minuman dan makanan....ajar anak kita dari kecil amalkan meminum air suam sekurag-kurangnya 4 liter sehari...
Tips yang teakhir...ibu mencegah segala penyakit adalah bersenam....jogging...poco2....main bola....keluar peluh la...kurang2 30 minit setiap hari...bukanya 30 minit setahun sekali yer....untuk bersenam kena ada caranya...jangan buat tak tentu hala jer...kot memudaratan badan...sakit urat..stress...tension...kerana terlalu mengharap lepas bersenam berat badan akan turun...aku akan menjadi anggun dan kacak...sabar...ambil sedikit masa.....bersambung.....
COMBI Taman Sri Rembau Fasa 2
Taman Baru yang akan melaksanakan program COMBI..Alhamdulillah sudah 2 kali aku turun ke Taman ini..Tahniah kepada Jawatankuasa COMBI/KRT Taman ini yang diketuai oleh En Mustadza Bin Mohd Dan manakala barisan Jawatankuasa yang kreatif dan aktif walaupon masih baru menubuhkan KRT....Memang aku dapat lihat daripada kesungguhan jawatankuasa ini program yang dirancang akan berjaya..insyaalah...Namun masih banyak tugas dan usaha perlu dibuat bagi menjayakan program yang bakal dilaksanakan iaitu pada 25/2/2011 dan 26/2/2011...
Pesanan daripada ku agar barisan yang ada perlu kuat melawan dugaan...halangan dan cabaran mengendalikan sesuatu pertubuhan amat berat kerana akan ada pendapat yang dilontarkan tidak boleh diterima atau tak semua bersependapat dengan kita....jadi apa yang kita patut lakukan???Ayatnya mudah sahaja jangan cepat putus asa,jangan cepat mengalah,hadapi cabaran tersebut...insyaalah berjaya....Sokongan yang tuan-tuan terima daripada penduduk amat kuat berbanding taman-taman lain.ini bermakna anda yang terpilih menganggotai jawatankuasa memang menjadi calon yang selayak-layaknya mengetuai taman ini..Kalau tiada Barisan Tuan2siapa lagi...Buktikan!!.Perpaduan yang tuan bina amat kukuh...Aku berharap program yang akan dilaksanakan berlangsung mengikut perancangan...aku akan membantu sedaya upaya sehingga Taman tuan-tuan dikenali dan menjadi bualan ramai pihak...Jadilah Taman CONTOH Daerah Rembau suatu hari nanti......Cabaran kepada Jawatankuasa KRT Taman Sri Rembau fasa 2.....Bolehkah????
Kehadiran dari Penduduk amat menggalakkan
Kehadiran Pn Roslina Bt Rusli Pen Peg Perpaduan daerah rembau Menyuntik Semangat
Inisiatif yang cukup baik...mesyuarat dibawah Garaj Kereta...Guna sama..Tahniah..
Taklimat COMBI..Sambil Berdiri tu...
Kusyuk mendengar sampaikan tiada soalan..Fahamkah mereka???
Friday, January 21, 2011
COMBI tajuk filem P.Ramlee kah?
Hampir 8 tahun program ini berjalan masih ramai lagi kat luar sana tak tahu apa itu COMBI...masing-masing meyangka filem P.Ramlee..hehe dulu aku pon sama macam anda semua....tapi nasib baik cepat belajar dari kesilapan....tahun 2004 bermulalah Program COMBI di Rembau....Rumah Rakyat Astana Raja telah terpilih sebagai lokaliti pertama mengikuti program ini bagi tujuan membasmi penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes....Sekarang 2011 sudah ada 20 lokaliti terutama KRT telah menjalankan program COMBI di daerah Rembau....Sedikit informasi mengenai COMBI:
1. COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT
(Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku)
(Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku)
2. STRATEGI COMBI
Menggunakan pendekatan komunikasi dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit iaitu Demam Denggi.
3. TUJUAN COMBI
Penglibatan pelbagai agensi seperti pemimpin komuniti, anggota kerajaan, swasta, pemimpin agama dll
Aktiviti berterusan dan spesifik
Mengekalkan tingkah laku baru
Mencapai keputusan yang diharapkan
4. SOCIAL MOBILIZATION- Maksudnya
(Peranan dan Sokongan Sosial)
(Peranan dan Sokongan Sosial)
BUKAN peranan dan tanggungjawab anggota kesihatan sahaja dalam membenteras dan mengawal demam denggi tetapi juga
Peranan individu, keluarga dan komuniti, agensi swasta, NGOs’ di satu-satu kawasan tersebut.
Memerlukan “promoter” yang dedikasi yang berperanan mempromosi perubahan tingkah laku ke arah positif…
5. PENDEKATAN COMBI
-Massive = Secara besar-besaran
- Repetitive = Berulang kali
-Intense = Bersungguh-sungguh
-Persistent = Berterusan
Pengerusi JPTP 2011
JPTP(Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan) bagi tahun 2011 telah mengadakan perjumpaanya pada 22/1/2011 di IPD Chembong...Tiba-tiba nama den terpilih jadi pengerusi JPTP Pekan Rembau...Tak mintak nak jadi Pengerusi sekadar datang menjeguk beri kerjasama kepada Guru-guru Tabika tempat anak aku belajar...Bila Cikgu dah beri amanah tu saya terimalah demi kebaikan bersama terutama anakku yang belajar kat sana...JPTP ni lebih kurang PIBG jer cuma ini melibatkan Tabika...anyway takper lah kalau orang dah bagi kepercayaan ese terima dengan hati yang terbuka...Perancangan???dah jadi pengerusi mesti ada perancangan dan hala tuju....entahlah...masih baru lagi...belum nak pikir lagi....biarlah dulu...dah dilantik ni tanggungjawabnya bosar....Insaallah akan ada sesuatu yang akan dibuat janji kerjasama penting!!!
(menulis sambil dukung zafri)
Tiupan Wisel semakin Hampir...
29.1.11 akan bermulanya pertandingan bolasepak berprestij di Malaysia iaitu MSL..Perlawanan yang dinantikan iaitu Kelantan Vs Selangor merebut piala Sumbangsih di stadium shah Alam...Adakah kelantan akan memenangi perlawanan ini atau pon sebaliknya....sama-sama kita tunggu...namun aku hanya nantikan kesudahan penyokong selangor dan kelantan adakah balik dengan aman ataupun berlaku lagi pertempuran di dalam dan diluar stadium...
perlawanan yang lepas aku dapat saksikan bagaimana jagoan penyokong fanatik bertempur diluar padang menyaksikan anak yang tak bersalah terpaksa dipapah, darah mengalir secara percuma pada malam tersebut akibat keghairahan puak-puak ini menunjukkan kejantanan masing2.
Sebagai anak jati anok kelate bako ore berani berharap sangat tahun ni kita dapat berubah dan menyokong pasukan the red warrior ketika puncak atau suram...janganlah lagi menunjukkan kejantanan kita pada tempat yang salah...gomo kelate Gomo tahun ni berapo pialo pulok nok bulih....ataupon tiada pialo langsung..sama2 berdoa...
perlawanan yang lepas aku dapat saksikan bagaimana jagoan penyokong fanatik bertempur diluar padang menyaksikan anak yang tak bersalah terpaksa dipapah, darah mengalir secara percuma pada malam tersebut akibat keghairahan puak-puak ini menunjukkan kejantanan masing2.
Sebagai anak jati anok kelate bako ore berani berharap sangat tahun ni kita dapat berubah dan menyokong pasukan the red warrior ketika puncak atau suram...janganlah lagi menunjukkan kejantanan kita pada tempat yang salah...gomo kelate Gomo tahun ni berapo pialo pulok nok bulih....ataupon tiada pialo langsung..sama2 berdoa...
Subscribe to:
Posts (Atom)