Friday, January 21, 2011

Tiupan Wisel semakin Hampir...

29.1.11 akan bermulanya pertandingan bolasepak berprestij di Malaysia iaitu MSL..Perlawanan yang dinantikan iaitu Kelantan Vs Selangor merebut piala Sumbangsih di stadium shah Alam...Adakah kelantan akan memenangi perlawanan ini atau pon sebaliknya....sama-sama kita tunggu...namun aku hanya nantikan kesudahan penyokong selangor dan kelantan adakah balik dengan aman ataupun berlaku lagi pertempuran di dalam dan diluar stadium...
perlawanan yang lepas aku dapat saksikan bagaimana jagoan penyokong fanatik bertempur diluar padang menyaksikan anak yang tak bersalah terpaksa dipapah, darah mengalir secara percuma pada malam tersebut akibat keghairahan puak-puak ini menunjukkan kejantanan masing2.

Sebagai anak jati anok kelate bako ore berani berharap sangat tahun ni kita dapat berubah dan menyokong pasukan the red warrior ketika puncak atau suram...janganlah lagi menunjukkan kejantanan kita pada tempat yang salah...gomo kelate Gomo tahun ni berapo pialo pulok nok bulih....ataupon tiada pialo langsung..sama2 berdoa...

No comments:

Post a Comment