Monday, January 24, 2011

Gomo Kelate Gomo....Sathianathan keno gomo.....

Tiba-tiba jer lemah semangat nak pergi tengok bola kat Shah Alam 29/1/2011 ni perlawanan antara kelantan Vs Selangor..Balik dari kerja baring jap lepas tu bukak berita sukan jam 1.30 tgh itulah tugas rutin ku bila balik kat rumah nak rehat...tadi berita sukan telah maklumkan bahawa B.Sathiananthan letak jawatan sebagai jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta.Sebagai peminat no 1 red warrior tentulah terkejut beruk mendengarnya...maklumlah tahun 2011 adalah tahun mempertahankan piala malaysia dan membawa balik Piala yang ada kat malaysia ni...tak kira berapa banyak...
Tak puas hati aku search kat internet..Kelate.net,theredwarrior dan Fb kelab penyokong..memang berita ini benar...jap tadi  masa sempat dengar buletin utama cerita sukan mengesahkan perletakan jawatan jurulatih itu..kenapa???sebabnya dia telah kena gantung dek kerana celupar mulut dengan FAM pada tahun lepas lagi...maka tergantunglah sathia berkuatkuasa 23/1/2011 hingga 23/6/2011...6 bulan tu...
Apa pulak perancangan KAFA sekarang???peminat dah tak sabar nak tunggu sepak mula 29/1/2011 ni..alih-alih macam ni jadinya...belum start lagi liga dah mula isu2 panas..ni belum masuk isu panas lepas ni kesudahan perlawanan bolasepak antara selangor dan kelantan....keputusan yang ramai nak tahu adalah kesudahan pertempuran antara penyokong fanatik...berulang lagikah pada tahun ini...sama-sama kita tunggu..

No comments:

Post a Comment