Friday, January 21, 2011

COMBI tajuk filem P.Ramlee kah?

Hampir 8 tahun program ini berjalan masih ramai lagi kat luar sana tak tahu apa itu COMBI...masing-masing meyangka filem P.Ramlee..hehe dulu aku pon sama macam anda semua....tapi nasib baik cepat belajar dari kesilapan....tahun 2004 bermulalah Program COMBI di Rembau....Rumah Rakyat Astana Raja telah terpilih sebagai lokaliti pertama mengikuti program ini bagi tujuan membasmi penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes....Sekarang 2011 sudah ada  20 lokaliti terutama KRT telah menjalankan program COMBI di daerah Rembau....Sedikit informasi mengenai COMBI:

1.      COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT
(Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) 

2.      STRATEGI COMBI
Menggunakan pendekatan komunikasi dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit iaitu Demam Denggi.

3.      TUJUAN COMBI
*      Penglibatan pelbagai agensi seperti pemimpin komuniti, anggota kerajaan, swasta, pemimpin agama  dll
*      Aktiviti berterusan dan spesifik
*      Mengekalkan tingkah laku baru
*      Mencapai keputusan yang diharapkan

4.      SOCIAL MOBILIZATION- Maksudnya
(Peranan dan Sokongan Sosial)
*       BUKAN peranan dan tanggungjawab anggota kesihatan sahaja dalam membenteras dan mengawal demam denggi tetapi juga
*      Peranan individu, keluarga dan komuniti, agensi swasta, NGOs’ di satu-satu kawasan tersebut.
*      Memerlukan “promoter” yang dedikasi yang berperanan mempromosi perubahan tingkah laku ke arah positif… 

5.      PENDEKATAN COMBI
-Massive      =  Secara besar-besaran
- Repetitive   =  Berulang kali
-Intense       =   Bersungguh-sungguh
-Persistent  =   Berterusan

No comments:

Post a Comment